5 kanak-kanak nyaris maut kebakaran

0
251
Advertisement



PARIS: Kebakaran di bangunan penempatan berhampiran ibu kota Perancis semalam menyebabkan tujuh mengalami kecederaan serius termasuk lima kanak-kanak yang bertarung nyawa, kata pasukan bomba.

Kira-kira 16 orang termasuk 10 pegawai polis dan seorang anggota bomba cedera ringan dalam kebakaran di timur laut Paris, yang kemudian berjaya dikawal, kata bomba.

Di bandar sama tidak sampai sebulan lalu, kebakaran di kompleks perumahan mengorbankan seorang ibu dan tiga anaknya yang berusia antara enam tahun dan 18 bulan, manakala sembilan lagi cedera.

Kira-kira 100 anggota bomba diperlukan untuk memadamkan kebakaran semalam, yang bermula di loteng bangunan dua tingkat itu.

Menurut sumber polis, orang ramai menggunakan tingkap untuk menyelamatkan diri manakala yang lain berlari ke bumbung untuk berlindung.

Punca kebakaran masih tidak diketahui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here