5 lagu paling banyak didengari orang KL di Raku

0
19

KUALA LUMPUR: Baby Shark Doo Doo,  lagu yang sering menjadi siulan anak-anak kecil ‘membaham’ lagu Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana untuk mengungguli Carta Awani Raku minggu ini.

Menariknya minggu ini, kita melihat kepada trend pendengar Raku di Kuala Lumpur.

Walaupun tewas kepada fenomena Baby Shark, lagu nyanyian Siti Nordiana masih diminati dan berada di tangga kedua carta.

Selain itu, dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menjadi pengubat rindu peminat kepada penyanyi nombor satu Malaysia itu.

Berikut senarai lagu yang paling melekat di kalangan pendengar Raku di Kuala Lumpur.

1. Baby Shark – Pinkfong
2. Terus Mencintai – Siti Nordiana
3. Kisah Ku Inginkan – Datuk Seri Siti Nurhaliza & Judika
4. Jaga Dia Untukku – Datuk Seri Siti Nurhaliza
5. Bunga Larangan – UG14

Untuk menikmati lagu-lagu pilihan anda, layari Raku.my atau muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store atau Playstore.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here