5 mati, Boko Haram serang tentera Nigeria

0
11


KANO, Nigeria: Sekurang-kurangnya lima mati selepas militan Boko Haram menyerang tentera Nigeria di timur laut negara itu, kata sumber ketenteraan dan pengawal tempatan.

Difahamkan, pemberontak menyerbu konvoi kenderaan tentera di kawasan perkampungan Hambagda, di pinggir bandar Gwoza dekat sempadan Cameroon menyebabkan tiga tentera dan dua anggota militan terbunuh.

“Konvoi tentera dan pengawal diserbu pengganas Boko Haram di perkampungan Hambagda menyebabkan kami hilang tiga anggota,” kata seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali di Maiduguri.

Katanya, dua pengganas Boko Haram turut terbunuh dalam pertempuran itu, manakala yang lain berjaya melarikan diri.

Seorang anggota militan tempatan yang turut berjuang menentang Boko Haram, Babakura Kolo turut mengesahkan kejadian itu.

“Berlaku serbuan oleh Boko Haram terhadap tentera dan kumpulan kami di Hambagda kira-kira dua kilometer di pinggir Gwoza.

“Tiga tentera dan dua ahli kumpulan Boko Haram terbunuh dalam serangan itu,” kata Kola yang menetap di Maiduguri. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here