5 maut pesawat tentera AS terhempas

0
9


Jenis pesawat milik Kor Marin AS C-130 yang terhempas di Mississippi. – Foto (GUVENDEMIR/GETTY IMAGES)

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima terbunuh apabila sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di Mississippi.

Media, Clarion-Ledger melaporkan, pesawat milik Kor Marin AS C-130, iaitu sebuah pesawat pembawa bahan bakar terhempas di sempadan daerah Sunflower-Leflore.

Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi, Lee Smithson sebagai sumber maklumat.

Insiden itu turut disahkan pihak tentera tetapi enggan mendedahkan lokasi kejadian.

“USMC KC-130 terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada petang, semalam. Maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik sahaja diterima,” kata Kor Marin dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitter.

Sementara itu, jurucakap Pentagon dalam kenyataan berasingan mengesahkan hanya pesawat Kor Marin yang terbabit dalam insiden terbabit.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan) dan pasukan bomba bertindak menyembur pesawat menggunakan buih sabun untuk memadamkan kebakaran.

Terdapat sesetengah media melaporkan sembilan terbunuh dalam pesawat itu tanpa mengatakan sumber.

– AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here