5 perkara untuk tingkatkan kebolehpasaran anda

0
168
Advertisement

DARIPADA 230,000 jumlah siswazah yang dilahirkan Malaysia setiap tahun, kira-kira 50,000 siswazah akan menganggur enam bulan selepas menamatkan pengajian

Lebih kurang 50,000 lagi akan dijangka diberhentikan kerja tahun ini.

Ini bermakna, setiap individu yang sedang mencari pekerjaan atau mencari peluang pekerjaan yang lebih baik perlu menggunakan semua kesempatan untuk meningkatkan kebolehpasaran masing-masing.

Laman rangkaian sosial LinkedIn menerusi satu kenyataan media berkongsi lima kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpasaran anda.

1. Memastikan bakal majikan menyedari kewujudan anda di laman web

Anda perlu memastikan profil LinkedIn anda diisi lengkap dengan maklumat yang boleh menonjolkan kebolehan anda kepada majikan. 

Jika anda menganggap diri anda seorang pakar dalam bidang tertentu maka anda boleh menyenaraikan kemahiran yang anda miliki sepanjang pengalaman anda bekerja.

2. Menonjolkan karakter diri

Cara penulisan anda boleh menunjukkan karakter diri anda. Maka adalah penting untuk memastikan penulisan anda bernada profesional ketika bercerita tentang pencapaian anda.

Anda boleh menulis dengan gaya penulisan anda sendiri kerana itu merupakan sisi lain untuk menunjukkan karakter diri anda.

3. Kreatif

Jangan hanya mengaku diri anda seorang yang kreatif, sebaliknya tonjolkan sisi kreatif diri anda melalui video, hasil pembentangan, kerja reka bentuk dan projek yang pernah anda lakukan sepanjang karier anda.

Ada mempunyai lima hingga 10 saat sahaja untuk menonjolkan diri dan buatkan bakal majikan anda kagum.

4. Aktif

Menulis profil diri di LinkedIn sebenarnya masih belum mencukupi. Anda perlu menjadi lebih proaktif! Anda boleh mulakan dengan mengikuti akaun syarikat yang memberi inspirasi kepada anda, menambah kenalan baru dan menyertai perbincangan mengenai kerja dan industri yang anda minat untuk ceburi.

Ini akan menunjukkan kepada perekrut pekerjaan bahawa anda seorang yang aktif dan sentiasa mengetahui setiap apa yang berlaku di dalam industri.

5. Suarakan pendapat anda

Jika anda seorang yang pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh bercakap tentangnya dan menerbitkan pandangan anda di LinkedIn. Ini akan menunjukkan anda seorang yang berpengetahuan luas mengenai setiap perubahan yang berlaku di dalam industri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here