5 polis, dua pelancong maut serangan di Mesir

0
32


POLIS Mesir menyiasat kawasan serangan. – Foto AFP

KAHERAH: Tiga lelaki menyerang hendap pusat pemeriksaan keselamatan Mesir hari ini, melepaskan tembakan ke arah kereta dan membunuh lima anggota polis di wilayah selatan ibu kota negara itu, lapor agensi berita MENA dan Kementerian Dalam Negeri.

Penyerang bermotosikal itu menyerang polis di daerah al-Badrasheen di wilayah Giza, 30 kilometer ke selatan Kaherah, mengorbankan dua pegawai dan tiga anggota pangkat rendah dalam serangan terbaru ke atas pasukan keselamatan Mesir yang memerangi militan Islam.

“Pegawai polis yang berada berdekatan lokasi serangan membalas tembakan yang memaksa mereka melarikan diri,” kata kenyataan kementerian.

Saksi berkata penyerang menembak kenderaan dengan raifal automatik dan mengambil peralatan dan membaling bom petrol ke dalam kereta sebelum melarikan diri.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas serangan itu.

Sementara dalam satu perkembangan lain, dua pelancong Ukraine maut dan empat pelancong lain cedera diserang penyerang bersenjatakan pisau di pusat percutian Hurghada.

Motif kejadian masih dalam siasatan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here