50 terbunuh dalam insiden tembakan di Las Vegas

0
83
Advertisement

LAS VEGAS: Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam insiden tembakan rambang di Las Vegas, Amerika Syarikat hari ini.

Ia merupakan insiden tembakan rambang terburuk dalam sejarah negara itu.

Pada Jun tahun lalu, korban tertinggi dicatatkan dalam insiden tembakan rambang di Kelab Pulse di Orlando di mana 49 nyawa disahkan terkorban.

Suspek yang melepaskan tembakan di The Strip itu dikenal pasti sebagai Stephen Paddock berusia 64 tahun yang kemudiannya ditembak mati pihak berkuasa.

Jurucakap polis, Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan.

Pada masa sama, seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam serangan itu berjaya diberkas.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here