50 wanita dan kanak kanak disembelih di Syria

DAMSYIK: Hampir 50 wanita dan kanak-kanak ditemui mati ditikam atau leher mereka dikelar di bandar Homs yang bergolak. Penemuan itu menyebabkan beratus-ratus keluarga meninggalkan bandar yang telah sebulan dikepung tentera Syria itu, kata para aktivis dan pihak pembangkang rejim Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, semalam.Menurut seorang aktivis Syria, Encik Hadi Abdallah, mayat 26 kanak-kanak dan 21 wanita ditemui di kejiranan Karm el-Zaytoun dan Al-Adawiyeh.

Pergolakan Syria

‘Beberapa kanak-kanak telah dipukul di kepala dengan objek tumpul, tubuh seorang kanak-kanak perempuan dicacatkan dan beberapa wanita dirogol sebelum dibunuh,’ katanya.

Kumpulan pembangkang utama, Majlis Kebangsaan Syria (SNC), menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan untuk membincangkan pembunuhan beramai-ramai yang didakwa berlaku kelmarin itu. Pembunuhan terbaru di Homs berlaku setelah utusan khas PBB-Liga Arab, Encik Kofi Annan, meninggalkan Damsyik kelmarin tanpa berjaya mendapatkan persetujuan Encik Assad agar pertumpahan darah dihentikan di Syria.

Menurut kumpulan hak asasi Syrian Obervatory, lebih daripada 8,500 orang terbunuh sejak pemberontakan bermula Mac tahun lalu. Encik Annan dijangka menemui Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, semalam. Beliau dijangka membincangkan butir-butir kunjungannya ke Damsyik dengan Encik Erdogan sebelum menemui Menteri Luar Turkey, Encik Ahmet Davutoglu.

Turkey, yang sebelum ini merupakan sekutu kuat Syria, semakin lantang menentang kekerasan rejim Damsyik terhadap rakyatnya dan menggesa Encik Assad supaya meletakkan jawatannya.

Sumber – AFP.

1 thought on “50 wanita dan kanak kanak disembelih di Syria”

  1. Ada pihak lain yang melakukan untuk menyalahkan kerajaan Suria dan membuat rakyat marah. Aku rasa pemberontak@pengganas yg lakukan.

Leave a Comment