500 bungkus habis dalam masa 30 minit

0
56



Jerlun: Tidak sampai 30 minit 500 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan kepada pengguna jalan raya Kangar-Alor Setar berhampiran pekan Air Hitam, di sini, kelmarin.

Program yang bermula jam 5 petang itu adalah anjuran Jerlun Bikers Ride Club 05 dan mendapat kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Jerlun.

Jurucakap kelab, Mohd Amran Hanafiah berkata, program itu adalah acara tahunan kelab motosikal berkuasa tinggi ini dalam usaha memberi khidmat kepada masyarakat dan memeriahkan Ramadan.

“Sejak awal penubuhan kelab, kami banyak menumpukan kepada kerja-kerja amal terutama dalam Parlimen Jerlun di samping mengeratkan silaturahim sesama ahli.

“Pada tahun ini kita turut mengedarkan takwim berbuka puasa dan Pejabat Ahli Parlimen Jerlun juga sama-sama menyumbangkan 500 pek kurma,” katanya.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerlun, Izhar Azimat turut hadir mengagihkan bubur lambuk.

Mohd Amran berkata, sebanyak RM2,000 diperuntukkan untuk program ini dan disumbangkan oleh 45 ahlinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here