500 polis cedera di G20

0
31


PENUNJUK perasaan demonstrasi G20 semasa sidang kemuncak G-20 di Hamburg. – Foto EPA

HAMBURG: Hampir 500 pegawai polis cedera dalam pertembungan dengan penunjuk perasaan ketika Sidang G20, kata pihak berkuasa hari ini, selepas rusuhan terbaru meletus semalaman.

Polis berkata, keganasan terus berlaku selepas pemimpin G20 pulang semalam, dengan penunjuk perasaan haluan kiri membakar sejumlah kenderaan sehingga awal pagi.

Penunjuk perasaan berkumpul selepas berakhirnya sidang kemuncak di daerah Schanzen, kubu kuat radikal yang menjadi tapak pelbagai konfrontasi sejak Khamis lalu.

Polis berkata di Twitter, mereka terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bersenjatakan botol kaca dan menyasar kenderaan, majoritinya dibakar.

Dalam sidang media, ketua operasi polis bandar ini, Hartmut Dudde berkata, 476 pegawainya cedera sejak Khamis lalu dalam pengerahan tenaga lebih 20,000 anggota manakala sejumlah 186 individu ditahan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here