50,000 penduduk terperangkap di Raqqa: PBB

0
22


GENEVA: Hampir 50,000 orang awam dilaporkan masih terperangkap di kubu kuat pemberontak Syria di Raqqa, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, dengan bekalan air dan keperluan lain semakin menyusut.

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR), Andrej Mahecic berkata, tentera disokong Amerika Syarikat (AS) berjaya menguasai kubu terakhir Daesh di Syria selepas menawan Kota Lama minggu lalu, namun dianggarkan 2,500 pemberontak masih berada di kawasan berkenaan.

“PBB menganggarkan antara 30,000 dan 50,000 orang masih terperangkap di Raqqa, berkurangan daripada kira-kira 100,000 orang pada akhir Jun lalu,” kata Mahecic.

Beliau berkata, sukar menentukan jumlah sebenar penduduk berikutan kesulitan buat agensi PBB itu memperoleh maklumat dari Raqqa.

“Jumlah bekalan air, makanan, perubatan dan keperluan lain semakin berkurangan manakala situasi pula semakin memburuk.

“Adalah penting bagi semua penduduk yang terperangkap menyelamatkan diri untuk mencari tempat perlindungan,” katanya.

Daesh mula menguasai Raqqa pada awal 2014 dan menjadikan bandar di barat Syria itu sebagai pusat pemerintahan ala khalifah mereka. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here