6 maut, 12 cedera dalam serangan militan di Kashmir

0
40


– Foto EPA

SRINAGAR: Enam penganut agama Hindu, kebanyakannya wanita terbunuh dalam kejadian tembakan di Kashmir semalam, susulan dua serangan militan terhadap anggota polis.

Menurut pihak polis, ketika kejadian, semua mangsa yang menaiki bas sedang dalam perjalanan pulang daripada kuil Amarnath di Himalaya, sebelum terperangkap dalam pertempuran di bandar Anantnag.

Insiden itu turut mencederakan 12 mangsa yang lain selepas puak militan menyerang sebuah tempat simpanan dan anggota polis di pusat pemeriksaan.

Serangan itu dijangka meningkatkan kemarahan kumpulan Hindu tegar yang mempunyai kaitan dengan parti pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi, yang sekian lama berjuang menentang militan di Kashmir.

Kira-kira 100,000 penganut Hindu sudah mengunjungi kuil Amarnath bagi upacara keagamaan yang bermula sejak bulan lalu hingga akhir Ogos ini di bawah kawalan keselamatan yang ketat. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here