6 pengedar dadah dihukum mati di Vietnam

0
43


DADAH jenis heroin. – Foto hiasan

HANOI: Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman mati ke atas enam lelaki berikutan dua kesalahan dadah.

Akhbar harian, Tuoi Tre melaporkan, mahkamah di wilayah Nghe An menjatuhkan hukuman mati kepada ketua sindiket, Phan Dinh Tuan dan empat lelaki lain atas kesalahan mengedar 102 kilogram heroin.

Dia didapati bersalah merancang sebahagian operasi sindiket itu dari sel penjaranya dengan menggunakan telefon bimbit yang diseludup.

Sementara itu, mahkamah di selatan wilayah Dong Nai menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki atas kesalahan membawa 14 kilogram metafetamin.

Vietnam ialah antara negara di dunia yang melaksanakan hukuman ketat untuk kesalahan berkaitan dadah.

Individu yang disabitkan dengan kesalahan mengedar 100 gram heroin atau 20 kilogram candu bakal menerima hukuman mati. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here