6 terbunuh termasuk juruterbang SU-25 milik Rusia

0
206
Advertisement

IDLIB: Kumpulan pemberontak Syria dilaporkan menembak jatuh pesawat pejuang Sukhoi SU-25 milik Rusia di wilayah Idlib pada Sabtu.

Juruterbang pesawat terbabit disahkan maut walaupun berjaya keluar sebelum pesawat terhempas.

Pesawat terbabit dilaporkan ditembak menggunakan peluru berpandu dan terhempas berhampiran pekan Khan Al Subli di Saraqeb.

Selain juruterbang, kumpulan pemberontak mendakwa sekurang-kurangnya lima orang awam terbunuh akibat nahas tersebut.

Namun Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataannya berkata pesawat ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu dari darat dan juruterbang terbabit ditembak ketika mendarat menggunakan payung terjun.

“Juruterbang itu mati dalam pertempuran dengan pengganas,” jelas kementerian itu.

Sementara itu Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert mengesahkan menerima laporan kejadian dan membidas kenyataan yang mengatakan Washington menyalurkan bantuan senjata yang digunakan pemberontak.

“Amerika Syarikat tidak pernah menyediakan peluru berpandu jenis MANPAD kepada mana-mana kumpulan di Syria, dan kami amat bimbang apabila senjata terbabit digunakan,

“Penyelesaian kepada keganasan di Syria adalah dengan kembali kepada proses damai Geneva secepat mungkin dan kami menyeru Rusia untuk memenuhi komitmennya dalam hal itu,” jelasnya.

Tharir al-Sham, kumpulan jihad yang diterajui oleh cawangan al-Qaeda di Syria melalui muat naik di media sosial mendakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat terbabit.

Konflik di Syria menyaksikan pentadbiran Bashar Al Assad disokong penuh Rusia dan Iran manakala kumpulan pembangkang dan pemberontak disokong Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Sehingga kini dianggarkan beratus-ratus ribu terbunuh dengan hampir 11 juta yang lain hilang tempat tinggal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here