60 maut pertempuran di selatan Libya

0
61


Pasukan Libya bertempur di pangkalan udara selatan Benghazi, Libya semalam.

BENGHAZI, Libya: Sekurang-kurangnya 60 orang maut apabila musuh pasukan Libya bertempur di pangkalan udara selatan semalam.

Menurut pegawai perubatan dan tentera, kejadian terbaru itu memudarkan harapan untuk mencapai keamanan di kawasan bergolak itu.

Keganasan meletus selepas pasukan dari bandar barat Misrata menyerang pangkalan Brak Al-Shati, yang sebelum ini diserahkan kepada puak penentang yang dikaitkan dengan Tentera Kebangsaan Libya (LNA) yang berpangkalan di timur.

Kedua-dua pihak ini ada kaitan dengan pakatan yang berpangkalan di timur dan barat Libya yang sejak sekian lama bersaing merebut kuasa sejak tiga tahun lalu, memburukkan lagi perpecahan akibat pemberontakan di negara itu pada 2011.

Sumber perubatan di Brak Al-Shati berkata 60 mayat dibawa ke hospital di sana, termasuk ahli Briged ke-12 yang dikaitkan dengan LNA dan orang awam yang turut terbunuh.

Datuk Bandar Brak Al-Shati, Ibrahim Zemmi, memberitahu media tempatan bahawa jumlah anggota Brigade ke-12 yang mati adalah 74, dengan lebih 18 lagi cedera.

Jurucakap Briged ke-12, Mohamed Al-Afirs, berkata 86 orang terbunuh termasuk tentera dan orang awam briged itu.

Setakat ini, angka kematian tidak dapat disahkan, tetapi jika terbukti ia satu peningkatan besar dalam konflik Libya yang tidak berkesudahan apabila pertempuran kerap meletus namun hanya membabitkan angka korban yang rendah.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here