7 maut, kekacauan di majlis peringati kematian

0
59


TUNJUK perasaan oleh ratusan anggota militan dan aktivis politik bagi memperingati ulang tahun kematian Burhan Wani di wilayah Kashmir. – Foto EPA

MUZAFFARABAD : Majlis memperingati kematian seorang anggota militan Pakistan yang dibunuh pasukan tentera India bertukar tragedi apabila tujuh dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kekacauan.

Ia berpunca daripada tunjuk perasaan oleh ratusan anggota militan dan aktivis politik di wilayah Kashmir milik Pakistan yang berhimpun bagi memperingati ulang tahun kematian Burhan Wani.

Burhan Wani dipercayai individu bertanggungjawab menyeru kebangkitan penduduk Islam di wilayah Kashmir milik Pakistan untuk menentang pasukan keselamatan India.

Sebahagian besar peserta dilihat membawa bersama bendera Pakistan dan melaungkan pelbagai slogan yang memuji pengorbanan Burhan sambil berikrar untuk terus berjihad menentang pasukan India.

“Jihad adalah jalan kami, kebebasan adalah destinasi kami,” adalah antara slogan yang dilaungkan peserta sambil menjulang potret Burhan.

Tunjuk perasaan itu didakwa dianjurkan ketua Majlis Jihad Bersatu, Syed Salahuddin yang memimpin pertubuhan itu untuk memainkan peranan sebagai penaung kepada semua kumpulan militan Anti India berpangkalan di Pakistan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here