7 suspek pengedar dadah terbunuh

0
91
Advertisement



TENTERA Lubnan membunuh suspek pengedar dadah dan tujuh yang lain ketika serbuan di utara Lubnan, kata tentera.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, ketika serbuan di bandar Brital, tidak jauh dari sempadan Syria, tentera melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata

“Tentera terpaksa membalas, menyebabkan lapan orang terbunuh dan 41 yang lain ditahan,” kata kenyataan itu.

Menurut tentera, lelaki yang disyaki melakukan jenayah dadah dikenali sebagai Ali Zaid Ismail. Senjata dan dadah turut dirampas dalam serbuan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 2:03 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here