7 syarikat masih mempunyai semua ahli lembaga pengarah lelaki – SC

0
109
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata sehingga 17 Jan tahun ini, terdapat hanya tujuh syarikat dengan kesemua ahli lembaga pengarahnya lelaki daripada 100 syarikat terkemuka, atau peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding 20 syarikat sehingga 31 Dis 2016.

Pada pelancaran Kod Bagi Tadbir Urusa Korporat Malaysia (MCCG) pada April tahun lepas, SC menetapkan sasaran tiada lagi semua ahli lembaga pengarah lelaki di 100 syarikat utama pada akhir 2018.

“Tujuh lagi syarikat itu ialah Affin Holdings Bhd, Alliance Bank Bhd, Batu Kawan Bhd, Fraser Neave Holdings Bhd, Genting Plantations Bhd, Genting Malaysia Bhd, dan UOA Development Bhd,” kata SC dalam satu kenyataan hari ini.

SC dan 30 peratus Club Malaysia aktif terlibat dengan dengan syarikat-syarikat ini.

SC memahami bahawa sesetengah syarikat ini mengambil langkah untuk mengenal pasti calon yang sesuai bagi melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah mereka.

“Fraser Neave akan mencalonkan dua wanita untuk dilantik sebagai ahli lembaga pada mesyuarat agung tahunan mereka yang akan datang.”

Bagi penempatan ahli lembaga pengarah, SC berkata sehingga 31 Dis, 2017, 19.2 peratus daripada kerusi lembaga pengarah di 100 syarikat teratas di Bursa Malaysia, dianggotai wanita, meningkat daripada 16.6 peratus pada 31 Dis 2016.

SC akan mengkaji dan menganalisis pendedahan tadbir urus korporat bagi memantau tahap pelaksanaannya, termasuk kepelbagaian jantina.

Pemantauan ini akan diterbitkan oleh SC menerusi laporan tematik tadbir urus korporat berkala, katanya. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here