75 polis cedera [VIDEO]

0
41



KIRA-KIRA 75 anggota polis cedera termasuk tiga dikejarkan ke hospital selepas berkelahi dengan penunjuk perasaan menjelang persidangan kemuncak G20 hi Hamburg, hari ini.

Menurut polis, juruterbang helikopter polis turut mengalami kecederaan di mata apabila penunjuk laser diarahkan kepada mereka.

PENUNJUK perasaan membakar objek. FOTO AFPSTEFFI LOOS

Dalam kejadian yang bermula petang Khamis sehingga tengah malam (waktu tempatan), penunjuk perasaan merosakkan kereta, membakar objek dan membaling botol.

Saksi Reuters melihat sekurang-kurangnya satu penunjuk perasaan dengan keadaan muka berdarah diberi rawatan.

Polis turut menembak air ke arah penunjuk perasaan terbabit.

PENUNJUK perasaan berdepan anggota polis ketika demonstrasi di Hamburg. FOTO EPA

Penunjuk perasaan menyambut kedatangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pemimpin dunia lain kepada persidangan dua hari itu dengan ucapan: “Welcome to Hell.”

Summit G20 bermula secara rasmi, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here