8 hilang pangsapuri runtuh di Naples, Itali

0
19


ROME: Sekurang-kurangnya lapan penduduk dilaporkan hilang selepas sebahagian besar bangunan sebuah pangsapuri setinggi empat tingkat runtuh.

Punca runtuhan yang berlaku di Naples pada jam 6.20 pagi (waktu tempatan) itu masih belum diketahui dan pihak pendakwa sudah membuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut.

Sehingga kini, pasukan penyelamat dan pihak bomba masih menjalankan kerja-kerja mencari serta menyelamat di celah-celah runtuhan tetapi tidak menjumpai sebarang petunjuk mengenai semua mangsa. – Reuters

PUNCA runtuhan masih belum diketahui dan pihak pendakwa sudah membuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut. – Foto AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here