8 maut insiden rempuhan di Malawi

0
49


KANAK-KANAK antara yang menerima rawatan perubatan selepas insiden rempuhan di stadium Malawi ketika orang ramai berhimpun mahu menyambut hari kemerdekaan, hari ini.- Foto AFP

MALAWI: Sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk tujuh kanak-kanak, maut dalam insiden rempuhan di sebuah stadium di Malawi ketika orang ramai berhimpun mahu menyambut hari kemerdekaan, hari ini.

Menurut polis, rempuhan berlaku selepas orang ramai bertindak membuka pintu masuk stadium sebelum perlawanan bola sepak mahu dimulakan ketika sambutan kemerdekaan ke-53 daripada pemerintahan Britain.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 40 lagi cedera dalam stadium di Lilongwe yang boleh muat kira-kira 40,000 penonton.

“Kami dapat sahkan lapan orang terkorban, Tujuh daripada jumlah itu adalah kanak-kanak. Kami menjangka angka maut mungkin bertambah,” menurut satu kenyataan polis, hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital utama di ibu negara.

“Kerajaan saya akan melakukan apa saja membantu keluarga mangsa,” kata Presiden Malawi, Peter Mutharika selepas satu mesyuarat hari kemerdekaan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here