8 maut rempuhan di stadium bola sepak

0
37


DAKAR: Sekurang-kurangnya lapan maut akibat rempuhan dalam sebuah stadium bola sepak di ibu negara Senegal ketika perlawanan antara dua pasukan tempatan.

Menteri Sukan Senegal, Matar Ba, berkata polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan pergaduhan antara peminat pasukan US Ouakam dan Stade de Mbour.

Tindakan itu menyebabkan kekeliruan sehingga membawa kepada rempuhan.

Rempuhan menyebabkan kematian ketika perlawanan bola sepak adalah perkara biasa di Afrika kerana tahap keselamatan yang rendah.

Februari lalu, sekurang-kurangnya 17 orang maut dan ramai yang lain cedera akibat rempuhan ketika satu perlawanan di Angola apabila penyokong menyerbu stadium. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here