8 mayat ditemui dalam runtuhan pangsapuri

0
30


ROME: Pasukan penyelamat menemui lapan mayat dalam runtuhan sebuah pangsapuri di selatan Naples selepas 24 jam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Jurucakap pasukan bomba, Luca Cari berkata, pangsapuri setinggi empat tingkat yang dibina di pekan Torre Annunziata pada tahun 1950-an, runtuh jam 6.20 pagi waktu tempatan, pada Jumaat.

“Kami menjumpai semua lapan mangsa yang pada mulanya dilaporkan hilang. Semua mereka maut ditimpa runtuhan bangunan,” katanya.

Antara yang disahkan maut ialah dua beradik lelaki, berusia lapan dan 14 tahun.

Susulan kejadian, pihak berkuasa membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here