80 maut dalam serangan tentera pakatan

0
42


BEIRUT: Satu serangan udara tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) di bandar timur Syria di Mayadeen awal pagi ini mengorbankan sekurang-kurangnya 80 saudara mara militan Daesh.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, angka korban itu termasuk 33 kanak-kanak.

“Mangsa adalah keluarga yang mendapatkan perlindungan dalam bangunan perbandaran di bandar itu. Ini adalah angka tertinggi kematian saudara mara pejuang Daesh di Syria,” kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman kepada AFP.

Serangan terbaru berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua negara yang mengebom sasaran militan di Syria supaya dapat membezakan sasaran antara orang awam dan tentera.

Ketua hak asasi manusia PBB, Zeid Ra’ad Al Hussein, berkata semua negara di mana tentera udaranya aktif dalam misi anti-Daesh perlu ‘lebih berhati-hati untuk membezakan mana sasaran sah tentera dan orang awam.’

Menurut SOHR, 37 orang awam maut dalam serbuan tentera pakatan di bandar itu malam semalam termasuk 13 kanak-kanak dan tambahan 15 lagi dibunuh dalam serangan Rabu lalu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here