9 maut dalam kejadian tanah runtuh di Colombia

0
17

BOGOTA: Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala 19 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Corinto, Colombia.

Menurut penduduk, pihak berkuasa lewat memberi amaran bencana menyebabkan sebahagian mereka gagal mencari perlindungan awal.

Pada Rabu, pihak berkuasa Colombia megesahkan lebih 30,000 penduduk terjejas akibat bencana itu.

Presiden Juan Manuel Santos berkata, bantuan akan disalurkan segera ke pusat-pusat pemindahan dan penduduk yang terkandas.

April lalu, lebih 300 maut dalam kejadian tanah runtuh di Mocoa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here