9 maut di Liberia akibat penyakit misteri – WHO

0
62


MONROVIA: Sekurang-kurangnya sembilan maut akibat penyakit misteri di Liberia namun semua ujian mengesahkan ia bukan virus Ebola.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada penyakit itu berpunca daripada makanan, bahan kimia atau bakteria.

Lapan pesakit masih dirawat di hospital di Sinoe County, kira-kira 400 kilometer dari ibu kota ini selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Kes itu yang bermula sejak minggu lalu mengembalikan kenangan pahit di Liberia apabila lebih 4,800 penduduk maut akibat wabak Ebola.

Difahamkan semua pesakit terbabit sebelum itu menghadiri upacara pengebumian saudara mereka.

Penyebaran wabak Ebola di Liberia juga bermula selepas majlis pengebumian apabila tetamu terdedah kepada mayat pesakit yang maut akibat virus itu. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here