91 banduan lari dari penjara

0
55


FOTO hiasan.

SAO PAULO: Seramai 91 banduan berjaya meloloskan diri daripada penjara yang terletak di timur laut Brazil, dengan menyusup keluar menerusi terowong sepanjang 30 meter.

Bagaimanapun, agensi berita, Agencia Brasil melaporkan, sembilan daripada banduan terbabit berjaya dijumpai semula.

Polis kini meneruskan usaha memburu baki 82 banduan yang melarikan diri daripada penjara di Parnamirim, di Rio Grande do Norte.

Insiden itu berlaku dalam tempoh sebulan selepas 56 banduan berjaya melarikan daripada penjara Alcacuz, juga di Rio Grande do Norte, ketika pergaduhan antara dua kumpulan penjenayah yang menyebabkan 26 terbunuh.

Menurut data yang dikeluarkan oleh perkhidmatan kehakiman tempatan, penjara Parnamirim direka bagi memuatkan 382 banduan tetapi ketika ini sesak dengan 589 banduan.

Kementerian Kehakiman merekodkan kira-kira 622,000 banduan ditempatkan di penjara di seluruh Brazil pada akhir 2014. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here