A Aida dilamar jejaka 29 tahun [METROTV]

0
621
Advertisement



PENERBIT terkenal, Datuk A Aida terkejut apabila dilamar pelakon, Ariff Aziz, 29, di sebuah restoran makanan Arab di ibu kota, malam tadi.

A Aida atau Zaidah Awang, 48, berkata Ariff menyerahkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai simbolik sebelum mereka melangsungkan pernikahan.

“Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam. Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok.

“Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup. Insya-Allah, majlis nikah akan berlangsung tidak lama lagi dan majlis resepsi pula tahun depan iaitu sempena hari jadi saya pada 20 April,” katanya kepada Harian Metro.

Tindakan Ariff atau nama sebenarnya Wan Izme Ariff Abdul Aziz itu sekali gus mengesahkan gosip yang bertebaran mengatakan mereka sedang menjalin hubungan cinta dan bakal berkahwin.

Lebih istimewa, pada sesi lamaran itu Ariff yang juga pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf turut membuat kejutan dengan menampilkan rakan baiknya, Faizal sambil bermain gitar untuk menyanyikan lagu Surat Cinta Untuk Starla.

“Walaupun dia masih muda, tapi dia matang. Saya menyukai keperibadian dimiliki. Apa yang penting juga, dia bujang dan bukan hak orang.

“Ariff akan menguruskan majlis nikah kami. Jadi, doakan yang baik-baik dan segala urusan dipermudahkan,” kata Aida.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here