Abdul Azim enggan toleransi isu doping

0
366
Advertisement



Kuala Lumpur: Chef de Mission, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mengambil pendekatan secara menyeluruh dan lebih gemar menilai semua persatuan sukan yang terbabit dalam Sukan Asia 2018 kali ini.

Bekas Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) itu tidak mahu mengambil mudah dengan tugasan dipikulnya.

“Ini kali pertama CDM akan melakukannya. Sebelum ini, CDM yang dilantik hanya datang menyaksikan atlet berlatih, memberikan kata-kata semangat dan mengambil gambar, tanpa ada sebarang perbincangan secara serius mengenai prestasi atlet atau pun sebarang kecederaan,” katanya.

Sejak dilantik selaku CDM, Azim mengambil langkah yang lebih ketat membabitkan penilaian polisi sifar toleransi doping dan prosedur kategori atlet.

Bakal mengetuai kontinjen terbesar negara ke Sukan Asia membabitkan 426 atlet yang bakal bertanding dalam 207 acara, Azim berpendapat ia tidak bermakna peluang meraih lebih banyak pingat juga turut bertambah besar.

Walaupun tidak ada sebarang fokus terhadap sukan tertentu, Azim turut mengakui terkejut dengan beberapa lawatan yang dilakukannya sebelum ini.

“Saya terkejut apabila pasukan jet ski mengatakan mereka yakin untuk menghadirkan kedudukan podium kerana Malaysia antara pasukan yang terbaik dikalangan negara Asia.

“Ini kali pertama sukan ini dipertandingkan dan kita tidak begitu tahu mengenai prestasi terdahulu,” katanya

Sasaran Sukan Asia belum lagi ditetapkan dan hanya akan dibuat selepas perbincangan antara 37 persatuan sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia MOM) yang dijangka berlangsung minggu depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here