Abdul Azim pentingkan keselamatan

0
252
Advertisement



ASPEK keselamatan kontinjen negara di Indonesia pada bulan depan turut menjadi perhatian Chef de Mission (CDM) Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Ketika ditanya mengenainya, Abdul Azim mengakui wujud kebimbangan mengenainya namun berharap tiada yang serius.

“Kita bimbang juga…(harap) tidak teruk. Namun saya fikir isu keselamatan tidak gugat atlet kita,” katanya selepas mesyuarat penyelarasan Sukan Asia antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

“Seperti bola sepak yang membabitkan kedua-dua negara sentiasa menjadi tumpuan namun banyak pasukan lain yang terbabit di Sukan Asia…jadi ia tidak terlalu menjadi tumpuan. Sukan Asia adalah pentas yang lebih besar membabitkan sehingga 70 negara berbanding Sukan SEA.”

Beberapa insiden ketika Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2017 mencetuskan ketegangan seperti bendera republik berkenaan dicetak terbalik dalam buku cenderamata sekali gus menimbulkan pelbagai andaian apabila Indonesia menganjurkan Sukan Asia nanti.

Mengenai majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara, Abdul Azim menjelaskan mereka masih menunggu tarikh dari pihak yang berwajib.

“Kita cadangkan 7 atau 8 Ogos. Namun kita mengharapkan pembaharuan kali ini,

majlis diharapkan akan disempurnakan seluruh menteri kabinet diketuai Perdana Menteri, tidak seperti kebiasaan yang hanya disempurnakan Menteri Belia dan Sukan,” katanya.

Tambahnya, ia adalah bertujuan bagi memberi suntikan semangat kepada atlet negara yang bakal bertanding.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here