Abu ikon grunge dikebumi

0
70


IKON rock, Chris Cornell. – Foto AP

LOS ANGELES: Selebriti Hollywood memberi penghormatan terakhir kepada ikon rock, Chris Cornell, pada majlis pengebumiannya, di sini.

Antara yang hadiri di Tanah Perkuburan Hollywood Forever bagi menyaksikan abu penyanyi itu dikebumikan ialah pelakon Brad Pitt, Josh Brolin, penyanyi Pharrell Williams dan anak perempuan mendiang Elvis Presley, Lisa Marie Presley.

Cornell, seorang ikon grunge paling dikenali, ditemui tergantung di bilik hotelnya di Detroit pada 18 Mei lalu, sejurus selepas menamatkan persembahan dengan kumpulannya, Soundgarden.

Pejabat koroner memutuskan, beliau membunuh diri tetapi isterinya berkata, penyanyi berusia 52 tahun itu mungkin mengambil ubat antikemurungan dalam dos berlebihan.

Cornell meninggalkan isteri yang dikahwini selama 13 tahun, Vicky dan dua anak. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here