Acer makin mencabar

0
413
Advertisement



Menerusi tinjauan dilaksanakan institut kajian teknologi antarabangsa, International Data Corporation (IDC) dalam segmen penjualan komputer peribadi setakat tahun lalu, mendapati hanya dua syarikat teknologi dari Asia menduduki lima tangga teratas dalam perkongsian pasaran dunia setakat tahun lalu.

Dua pemain utama berkenaan ialah syarikat ekuiti majoriti pegangan syarikat dari China, Lenovo sebanyak 21.1 peratus di kedudukan kedua. Kumpulan Acer yang berpangkalan di Taiwan mencatatkan 6.8 peratus di tangga kelima.

MEDIA antarabangsa didedahkan mengenai prestasi terkini perniagaan Acer.

Kesemua angka peratusan itu ditafsir menerusi jumlah penghantaran yang dicatatkan oleh syarikat teknologi terbabit dengan angka keseluruhan sebanyak 2.5 bilion unit berbanding 2.6 bilion unit pada tahun sebelumnya yang menyusut 0.2 peratus.

Meskipun terdapat penyusutan jualan dari tahun ke tahun, fokusnya adalah mengenai prestasi syarikat dari Asia yang mempunyai kemampuan bersaing dengan syarikat multinasional dari rantau lain khasnya Amerika Syarikat apabila kedua-duanya berjaya mengungguli di kedudukan lima tangga teratas.

KEPELBAGAIAN model laptop pengguna ditawarkan Acer pada tahun ini.

Setiap jenama antarabangsa mempunyai cabang perniagaan komputer riba yang pelbagai bagi memastikan jualan perantinya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dengan pengenalan laptop untuk pelbagai segmen seperti komersial, pendidikan dan paling utama adalah segmen permainan yang kini semakin mendapat perhatian.

Ia jelas dapat dilihat apabila Acer antaranya baru-baru ini mengumumkan segmen komputer peribadi permainan video keluarannya, Predator meningkat sebanyak 90 peratus sejak 12 bulan lalu.

PREDATOR menjadi tumpuan Acer dalam [email protected] 2018 di New York.

Baru-baru ini dalam acara memperkenalkan barisan produk Acer 2018, [email protected] di New York, Amerika Syarikat memberi tumpuan lebih kepada Predator memandangkan syarikat itu percaya segmen berkenaan mampu memberi sumbangan positif kepada syarikatnya pada masa depan.

Dari segi jualan keseluruhan komputer peribadi permainan video, Acer optimis buat masa ini syarikatnya berada dalam kedudukan lima teratas dalam perkongsian pasaran antarabangsa dan pengenalan lebih banyak produk berteraskan segmen itu adalah antara strategi yang dilaksanakan bagi membolehkan ia mendominasi pasaran.

KEPELBAGAIAN model monitor dipertontonkan kepada media antarabangsa.

Presiden Pan Asia Pasifik Acer Andrew Hou berkata, rantau Pan Asia Pasifik termasuk Malaysia memainkan peranan penting dalam perniagaan komputer peribadi dengan menyumbang secara dominan sebanyak 39 peratus kepada syarikat berbanding rantau dagangannya yang lain pada suku pertama 2018.

HOU.

Beliau berkata, dalam tinjauan suku itu juga mendapati penjualan komputer peribadi permainan video meningkat 2.5 kali ganda berbanding suku sama tahun sebelumnya sekali gus menunjukkan segmen itu berpotensi tinggi untuk perniagaan di rantau Pan-Asia Pasifik.

ACER masih mengekalkan produk dalam segmen bukan permainan video.

Dalam acara itu, Acer memperkenalkan lebih 17 barisan produknya terdiri daripada komputer riba, desktop dan aksesori tambahan antaranya untuk pengguna biasa, pendidikan dan permainan video.

Daripada jumlah itu, lebih lima produk berkaitan Predator antaranya Laptop Helios 300 edisi khas yang didatangkan juga bersama aksesori lain serba putih berbanding warna hitam yang sinonim dengan jenama berkenaan.

WARNA putih Predator Helios 300.

Selain itu, laptop Helios 500, desktop Orion 5000 dan 3000. Manakala aksesori permainan terdiri daripada tetikus (Predator Cestus 510), kerusi (Predator Gaming Chair), selongsong (Predator Hard Case), papan kekunci (Predator Aethon 500) dan pad tetikus (Predator Mousepad).

PENGENALAN kerusi untuk Predator

Walaupun segmen permainan video Acer menonjolkan prestasi perniagaan yang baik, syarikat itu turut meneruskan pengenalan produk di luar segmen itu seperti laptop Swift 5 (15 inci), dekstop Acer Nitro 50 Series, Monitor Nitro VG0 Series, Monitor RG0 Series dan rangkaian laptop tablet; Acer Chromebook Spin 15 dan Acer Chromebook Spin 13.

PERANTI yang ditawarkan Acer kepada segmen pendidikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here