Achilles kata Russia menang aksi pertama

0
342
Advertisement



SKUAD Russia gagal meraih sebarang kemenangan sejak lapan bulan lalu, namun nasib mereka mungkin akan berubah apabila seekor kucing meramalkan tuan rumah akan memenangi perlawanan pembuka tirai saingan Piala Dunia, esok.

Achilles, seekor kucing pekak yang dilabel sebagai binatang rasmi tukang ramal di kejohanan itu, memilih balang yang mempunyai bendera Russia berbanding balang bendera Arab Saudi, pasukan yang akan ditemui Russia.

“Achilles sudah biasa dengan orang ramai dan dia tidak sepatutnya berasa tertekan,” kata Anna Kondratyeva yang menguruskan kucing itu.

Achilles mengikut jejak langkah sotong kurita ‘Paul’ yang menjadi popular pada 2010, selepas meramalkan pasukan yang bakal memenangi satu-satu perlawanan pada Piala Dunia dengan memilih satu daripada dua kotak mengandungi makanan.

Ikon binatang lain yang mengikut jejak langkah Paul termasuklah seekor babi, Madame Shiva pada 2014 dan ikan Piranha Pele, namun kedua-duanya tidak dapat membuat ramalan dengan tepat,

Russia yang akan bertemu Arab Saudi pada aksi pembuka tirai esok, memerlukan sokongan moral penyokong tuan rumah selepas tampil di kejohanan berprestij itu tanpa dapat mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here