Ada Neymar, Brazil OK!

0
159
Advertisement



KEPULANGAN Neymar memberikan semangat luar biasa buat Brazil pada Piala Dunia, namun Jerman dan Argentina pula bergelut dengan prestasi tidak konsisten dan gangguan persiapan mereka.

Aksi menakjubkan bintang Paris Saint-Germain selama 45 minit ketika menentang Croatia hujung minggu lalu melenyapkan kebimbangan terhadap isu kesihatannya selepas tidak beraksi tiga bulan akibat retak tulang kaki.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui dia baru 80 peratus pulih tetapi berjanji akan beraksi pada perlawanan pertama Brazil menentang Switzerland pada 17 Jun.

“Bagi perlawanan pertama selepas kembali, saya sebenarnya tidak banyak berharap kepadanya, saya lebih gembira dengan aksi lebih tenang,” kata jurulatih Brazil Tite mengenai aksi memukau Neymar.

“Apa yang dilakukannya benar-benar luar biasa.”

Prestasi Brazil di bawah kendalian Tite yang dilantik pada pertengahan kempen kelayakan yang suram, membayangkan sukar untuk menghalang juara lima kali kali itu daripada menambah satu lagi trofi di Russia.

Skuad Selecao yang bersemangat baru menang 16 daripada 20 perlawanan di bawah bekas pengendali Corinthians, satu-satunya kekalahan adalah kepada Argentina 0-1  di Melbourne tahun lalu.

Jerman pula diceriakan kepulangan penjaga gol dan kapten Manuel Neuer selepas lapan bulan tidak beraksi akibat kecederaan kaki.

Namun skuad Joachim Loew bergelut untuk mempertahankan kejuaraan susulan lima perlawanan tanpa kemenangan dan kekalahan pertama kepada pasukan jiran Austria sejak 1986.

“Jika kami bermain seperti itu di Russia, kami tiada peluang,” kata Loew selepas Jerman tewas 1-2 kepada Austria di Klagenfurt Sabtu lalu.

Jerman kehilangan Mesut Ozil untuk perlawanan akhir pemanas badan menentang Arab Saudi kerana kecederaan walaupan bek tengah  Jerome Boateng mungkin bermain dalam perlawanan pertamanya sejak April susulan kecederaan pangkal paha.

Persiapan Argentina pula dikejutkan dengan pembatalan perlawanan menentang Israel di Jerusalem yang dikatakan perlawanan terakhir sebelum Piala Dunia.

Lionel Messi menjaringkan hatrik ketika membelasah Haiti 4-0 bulan lalu, namun aksi berdepan pasukan ranking 104 dunia bukan gambaran sebenar kemampuan Argentina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here