'Ada pelajar masih gagal kuasai bahasa Inggeris'

0
53



Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang begitu ketara lemah sekarang dibangkitkan dalam dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) yang diadakan di Subang Jaya malam semalam.

Seorang peserta, pengasas program celik membaca My Readers, Charis Ding, berkata masih terdapat pelajar sekolah menengah yang langsung tidak memahami dalam bahasa Inggeris apa lagi menguasainya.

Sebagai contoh, beliau merujuk kes di mana seorang pelajar berusia 13 tahun yang hanya boleh membaca lapan daripada 77 perkataan dalam teks yang disediakan untuk pelajar tahun satu.

“Ini bukan kes yang terpencil. Ia berlaku di kebanyakan sekolah kebangsaan,” katanya.

Sementara itu pengasas projek Fearless, Nurul Ashiqin Shamsuri, yang merupakan penceramah pertama malam semalam berkata, berbahasa Inggeris, terutamanya di kalangan pelajar di luar bandar, masih dianggap sebagai tindakan berpura-pura.

Cara pemikiran, katanya sering dikaitkan dengan tanggapan bahawa penguasaan bahasa Inggeris akan menimbulkan ancaman kepada identiti dan bahasa kebangsaan.

Nurul Ashiqin berkata penguasaan bahasa Inggeris di negara ini tidak harus “dipolitikkan”, dan bercakap dalam bahasa penjajah itu perlu digalakkan walaupun sebutan atau tatabahasa mereka tidak sempurna.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here