Adam dan Yuna bernikah hari ini?

0
25
Advertisement

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada penyanyi, Yuna sudah bernikah dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair hari ini masih menjadi teka-teki.

Khabar angin berhubung majlis pernikahan mereka mula bertiup kencang sejak awal Jumaat tentang pasangan sejoli ini sudah selamat bernikah.

Namun, maklumat terperinci tentang majlis pernikahan mereka masih belum dikenal pasti.

Astro AWANI masih menunggu pengesahan berhubung perihal ini dari pihak pengurusan penyanyi yang mencipta nama di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31 tahun, mengumumkan hari bersejarah beliau dan Adam melalui kad jemputan yang sudah diedarkan kepada jemputan dan media, sejak minggu lalu.

Pasangan ini bakal mengadakan sebuah majlis resepsi tertutup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi majlis resepsi, Ahad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here