ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200

0
71
Advertisement

KUALA LUMPUR: Wang besar … wang besar … wang besar.

Lima bayi artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Selebriti tersebut termasuk penyanyi No. 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pelakon Sari Yanti dan Ozlynn Wati dan personaliti radio Linda Onn.

Selebriti popular Nora Danish juga turut berkelayakan menerima insentif RM200 tersebut selepas melahirkan seorang putera di sebuah hospital swasta di ibu negara pagi tadi.

Rata-rata empat artis popular yang lain ini menghitung hari menanti kelahiran anak tersayang tidak lama lagi.

Anak-anak ini bukan sahaja lahir dan didoakan para peminat artis popular ini malah turut menerima RM200.

Skim ADAM50 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 dalam usaha memupuk budaya menyimpan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Insentif ini bukanlah hanya diberi kepada lima artis popular ini, tetapi semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan mendapat insentif RM200 tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here