Adik Rapi perokok tegar

0
443
Advertisement



KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun dari Jawa Barat, Indonesia sudah pun menjadi perokok tegar apabila dikatakan menghisap dua kotak rokok sehari.

Media melaporkan, Rapi Ananda Pamungka mula ketagih rokok sejak sebulan lalu selepas dia mengambil puntung yang ditemuinya di lantai.

Dia kemudian meniru kelakuan perokok dewasa yang dilihat di sekelilingnya.

The Sun melaporkan, ibunya Maryati, 35, berkata, anaknya mengamuk sekiranya dia cuba menghentikan tabiat buruk itu.

“Anak saya merokok sejak lebih kurang sebulan lalu. Jika saya tidak membeli rokok untuknya, dia mengamuk. Baru-baru ini, dia meminta untuk ke kedai kopi dan merokok sambil menghirup kopi.

“Jika dia tidak dapat merokok, dia tidak dapat tidur. Anak saya akan mengamuk dan menangis. Harga rokok mahal tetapi kami perlu beli untuknya. Dia gemar merokok sepanjang hari dan boleh menghisap 40 rokok sehari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here