Adiwira diangkat filem terbaik FFM29, ini senarai penuh keputusan

0
31

KUALA LUMPUR: FESTIVAL Filem Malaysia (FFM29) menyaksikan Adiwiraku dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM29.
 
Adiwira telah mengalahkan empat buah filem saingannya iaitu Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.
 
Manakala filem Abang Long Fadil 2 pula merangkul Anugerah Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak 17.3 juta.
 
Majlis berprestij yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi tadi dihoskan oleh Zizan Razak.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang FFM29.
 
Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan malam tadi:
 
 FILEM BOX OFFICE
 
Abang Long Fadil 2 : (17.3 juta kutipan) – Skop Production / Astro Shaw
 

KOSTUM / BUSANA TERBAIK
 
Akma Suriati Awang – Hanyut
 

PENATAAN BUNYI TERBAIK
 
Daniel – Hanyut
 

SINEMATOGRAFI TERBAIK
 
Jordan Chiam – Interchange
 

PENYUNTING TERBAIK
 
Nazim Shah – J Revolusi
 

PENATAAN SENI TERBAIK
 
Zahirah Nakibullah – Interchange
 

PELAKON KANAK – KANAK TERBAIK
 
Harith Haziq – Redha
 

PELAKON WANITA HARAPAN
 
June Lojong – Redha
 

PELAKON LELAKI HARAPAN 
 
John Tan – You Mean The World To Me
 

PENGARAH HARAPAN
 
Tunku Mona Riza – Redha
 

SKOR MUZIK TERBAIK
 

David Koon – You Mean The World To Me
 

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
 
Diana Danielle – Hanyut
 

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
 
Shaheizy Sam – Interchange
 

CERITA ASAL TERBAIK
 
Jason Chong – Adiwiraku
 

ANUGERAH KHAS JURI
 
Desolasi (kesan khas visual) – Skop Production
 
Shuttle Life (kesedaran sosial) – MM2 Entertainment & More Entertainment
 
Pekak (kupasan isu najis dadah) – Primework Studio Sdn Bhd
 

LAKON LAYAR TERBAIK
 
Saw Teong Hin – You Mean The World To Me
 

ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR
 
Johan Arifin Ibrahim
 

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
 
Datuk Yusof Haslam
 

PELAKON WANITA TERBAIK
 
Sanggeta Krishnasamy – Adiwiraku
 

PELAKON LELAKI TERBAIK
 
Namron – Redha
 

PENGARAH TERBAIK
 
Dain Iskandar Said – Interchange
 

FILEM TERBAIK
 
Adiwiraku – Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd
 
 
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here