Aduh terharunya, video Hairul Azreen hadiahkan kereta BMW untuk ayah buat netizen tersentuh

0
53
Advertisement

Pelakon Hairul Azreen, membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ayahnya malam tadi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hairul telah berkongsi sebuah video kejutan yang dilakukan kepada ayahnya. 

“Kami anak-anak gembira bila melihat mak dan abah gembira. Hadiah ini kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka,” tulisnya.

Rata-rata peminat mengakui sebak dan terharu apabila menonton video kejutan yang dilakukan oleh Hairul kepada kedua ibu dan ayahnya. 
 

“@iaza1413 : Tonton video pun dah terharu. Apatah lagi abah dan ibunya. Beruntungnya abah dan ibu Hairul dapat anak-anak yang baik dan mengenang jasa perngorbanan orang tua.”

“@melissa_yusoh: Murah rezeki Hairul, dapat gembirakan hati mak dan ayah. Alhamdulillah, kami pun tumpang gembira.”

“@farrafarween: Alhamdulillah, bahagianya dapat bahagiakan kedua orang tua kita.”

“@irahzakaria_96: Saya pulak yang menangis bila tengok video ni. Alhamdulillah moga murah rezeki Hairul sekeluarga. Amin.”

“@ayien_evofficial: Terbaik Hairul dan Hanis. Semoga dimurahi rezeki lagi. Inilah contoh anak yang mengenang budi. Walaupun kecil tapi besar ganjarannya kalau berbuat baik kepada kedua orang tua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here