Aepul duet dengan Aweera, Fiq

0
42


Aepul Roza. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Apabila vokalis Drama Band, Aepul Roza merakamkan lagu bersama Aweera dan Fiq Mentor, gabungan tiga suara bernada tinggi ini pasti menjanjikan kejutan buat peminat.

Itulah yang bakal berlaku apabila single terbaru tiga sahabat baik ini dilancarkan, awal bulan depan.

Aepul atau nama sebenarnya, Noorsyaiful Md Zalaludin, 29, memberitahu BH Online, eksperimentasi tiga suara itu dibuat bagi melunaskan hasrat bekerjasama.

“Memang sudah lama kami berkawan dan berhasrat menghasilkan single bersama. Alhamdulillah, impian untuk berkolaborasi berjaya dilaksanakan.

“Saya akui bukan mudah memilih lagu yang sesuai kerana vokal kami bertiga tinggi, jadi perlu diadun sebaiknya.

“Insya-Allah, single ini akan dipasarkan awal bulan depan. Kami tidak sabar menantikan reaksi peminat,” katanya.

Selain menjadi vokalis Drama Band, Aepul aktif menghasilkan lirik dan menggubah lagu.

Terbaru, Aepul menggubah lagu tema drama rantaian Kenyalang I’m In Love. Dia menggunakan kreativiti selepas memperoleh melodi dan lirik daripada komposer baharu, Amy Nawari yang juga pembantu pengarah drama terbabit.

“Amy menghasilkan melodi dan meminta saya menggubah lagu itu yang bakal dijadikan lagu tema. Alat muzik Sape digunakan bagi menyuntik elemen Sarawak dalam lagu berkenaan,” katanya.

Selain menggubah lagu, Aepul juga berduet bersama Mimie Haris dalam penghasilan lagu album runut bunyi Kenyalang I’m In Love.

Drama arahan Feroz Kader itu akan disiarkan slot Lestari TV3. Antara pelakon yang membintanginya adalah Hafeez Mikail, Intan Najuwa, dan Anding Indrawani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here