AF Megastar: Hampir putus asa, suami pembakar semangat Marsha

0
131
Advertisement

PENYANYI Marsha Milan mendedahkan dia hampir berputus asa untuk meneruskan perjuangan di AF Megastar.

Marsha berkata bukan mudah menjadi bintang AF Megastar bagi merealisasikan persembahan terbaik setiap minggu.

“Meskipun pihak Astro menyerahkan 80 peratus keputusan dari segi pemilihan lagu dan gaya persembahan serta susunan muzik, namun sesungguhnya ia bukan perkara yang mudah.

“Setiap minggu saya akan berbincang dengan ‘team’ saya, lagu apa yang sesuai untuk saya serta persembahan bagaimana yang perlu saya lakukan termasuk juga dengan pemilihan busana.

“Saya akui, saya tidak mempunyai vokal yang unik seperti finalis lain. Jadi saya perlu memberikan persembahan yang penuh warna dan menarik di atas pentas.

“Bila terlalu bekerja keras hampir tujuh minggu ini, saya akui penat dan ia mengganggu kesihatan saya.

“Sejujurnya, saya hampir putus asa di konsert separuh akhir kerana tugasan minggu itu lebih berat iaitu saya perlu bawa dua lagu, tambahan pula saya mengalami sakit tekak.

“Namun saya bersyukur kerana dapat melaluinya dengan baik dan berjaya ke peringkat akhir,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Marsha bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat menyokong kerjayanya serta bertindak sebagai penasihat.

“Alhamdulillah, sokongan saya lebih berat di dalam AF Megastar ini.

“Suami adalah orang yang membakar semangat saya. Jika saya rasa ‘down’, dia yang akan menjadi pakar psikiatri saya.

“Malah, setiap minggu dia akan luangkan masa untuk menonton serta memberi semangat kepada saya di Konsert AF Megastar,” katanya lagi.

Selain, Marsha bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Idayu, Bob, Syamel dan Shahir.

AF Megastar yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here