#AFMegaStar trending dengan Bob, Idayu dan Marsha antara paling menyerlah

0
44

KUALA LUMPUR: #AFMegaStar menjadi trending di media sosial malam ini susulan persembahan oleh barisan 12 bintang Akademi Fantasia di Konsert AF Megastar Homecoming yang bersiaran secara langsung.

Dipersembahkan dari Royal Theatre Shah Alam, bintang-bintang yang bersaing untuk ke pusingan seterusnya adalah Zahid AF2, Ara AF2016, Bob AF2, Firman AF2014, Idayu AF3, Ewal AF2014, Amir Jahari AF9, Adam AF2, Mila AF3, Azhar AF2014, Marsha AF4 dan Sufi AF2015.

Kesemua mereka menyanyikan sebuah lagu pilihan mereka.

Dikemudi Datuk Aznil Hj Nawawi,  keputusan diadili oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan yang  terdiri komposer Datuk Ramli MS, guru vokal Shafinaz Selamat dan penyanyi Ziana Zain.

Ternyata ramai yang teruja dengan kemunculan bintang-bintang AF yang lama menyepi dan memberikan komen di media sosial dengan Bob, Idayu dan Marsha antara yang paling mendapat perhatian.

Sementara 12 bintang lagi bakal berentap pada konsert AF Megastar Homecoming pada minggu hadapan iaitu 9 September depan.

Konsert AF Megastar Homecoming minggu hadapan bakal menentukan 12 bintang yang akan terpilih dan mara ke konsert AF Megastar seterusnya.

AF Megastar disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), jam 9 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here