'Again' buah tangan terbaharu SonaOne

0
48

PENYANYI hip hop popular, SonaOne, 29, telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul ‘Again’.
 
Popular menerusi lagu Apa Khabar dan Evo, penyanyi bernama sebenar Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach ini telah meletakkan dirinya berada dalam kelas tersendiri.
 
Terkini, SonaOne tampil dengan sebuah lagu baru dalam bahasa inggeris, hasil ciptaan bersama jurutera mastering antarabangsa, Chris Athens.
 
Lagu ‘Again’ yang berentak rancak ini dirasakan sesuai bagi memenuhi selera anak muda masa kini.
 
Penyanyi yang turut popular dengan lagu ‘No More’ ini turut menjelaskan bahawa penghasilan lagu ini adalah berdasarkan trend terkini dan apa yang diminati penggemar muzik.
 
“Sebagai seorang artis, saya sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa. Perubahan atau evolusi ini membuktikan kemajuan dalam diri saya dari pelbagai peringkat dan aspek.
 
”‘Again’ hanya secebis sahaja daripada apa yang bakal menyusul kelak,” jelas SonaOne yang teruja dengan judul terbarunya itu.
 
Peminat SonaOne boleh memuat turun lagu ’Again’ di semua platform digital bermula 14 April 2017. – Teks oleh : Izzat Ridzwan
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here