Agut cemerlang ke final

0
172
Advertisement



GSTAAD: Pilihan kedua Roberto Bautista Agut berjaya melepasi cabaran pemain Serbia Laslo Djere sebelum memastikan kemenangan 6-7(5) 6-4 6-4  untuk mara ke final Terbuka Switzerland di Gstaad hari ini.

Agut yang memburu gelaran ketiganya tahun ini, mendahului 4-1 pada set pertama namun berjaya dikejar Djere yang memaksa perlawanan menuju tiebreak.

Djere mendominasi tiebreak namun memerlukan lima mata set untuk menamatkan set pertama.

Agut, pemain Sepanyol itu bangkit dengan mengurangkan kesilapan dalam permainannya sebelum memanfaatkan kedua-dua set untuk mara ke final esok.

Terdahulu, pemain nombor 84  dunia Matteo Berrettini melangkah ke final jelajah buat pertama kali menerusi kemenangan 6-4 7-6(6) ke atas pemain Estonia Jurgen Zopp.

Pemain Itali berusia 22 tahun itu mempamerkan aksi terbaik sepanjang kariernya minggu ini, apabila menyingkirkan juara 2016 Feliciano Lopez dan pilihan keempat Andrey Rublev.

Hujan menyebabkan permulaan aksi separuh akhir itu ditangguhkan lebih daripada tiga jam namun Berrettini kelihatan menguasai perlawanan ke atas Zopp.

“Keadaannya berbeza selepas hujan,” kata Berrettini, yang masih belum tewas sebarang set dalam kejohanan ini.

“Saya berjaya meningkatkan tahap permainan dan berjuang bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan.” 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here