Ahli kumpulan 100%, Min-woo meninggal dunia akibat serangan jantung

0
99
Advertisement

KETUA ahli kumpulan K-pop ‘100%’, Seo Min-woo meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi T.O.P Media, Min-woo menghembuskan nafas terakhir Ahad malam sebelum pasukan penyelamat sampai di rumahnya.

“Kami berasa dukacita dengan berita sedih ini. Sebagai ketua kumpulan 100%, Min-woo telah menggalas tanggungjawabnya dengan baik.

“Beliau merupakan seorang rakan yang menyayangi ahli kumpulan dan peminatnya dengan ikhlas.

“Kami pasti ramai yang tahu tentang sifatnya yang baik dan berdedikasi terhadap kerjayanya. Majlis pengebumian akan diadakan buat ahli keluarga terdekat,” kata agensinya seperti yang dilapor portal Allkpop.

Min-woo dilahirkan pada 8 Feb 1985. Beliau berusia 33 tahun.

Kumpulan 100% yang popular dengan lagu ‘Beat’, ‘Want U Back’ dan ‘U Beauty’, telah ditonton lebih satu juta kali di YouTube manakala video single terbaharu mereka ‘Song For You’ dimuat naik di YouTube Februari lepas. 

Netizen turut meluahkan rasa dukacita mereka melalui Twitter atas pemergian penyanyi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here