Ahli kumpulan 100%, Minwoo meninggal dunia akibat serangan jantung

0
71
Advertisement

KETUA ahli kumpulan K-pop 100%, Seo MinWoo ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi T.O.P Media, Seo Minwoo menghembuskan nafas terakhir malam Ahad sebelum pasukan penyelamat sampai di rumahnya.

“Kami berasa dukacita dengan berita sedih ini. Sebagai ketua kumpulan 100%, Minwoo telah menggalas tanggungjawabnya dengan baik.

“Beliau merupakan seorang rakan yang menyayangi ahli kumpulan dan peminatnya dengan ikhlas.

”Kami pasti ramai yang tahu tentang sifatnya yang baik dan berdedikasi terhadap kariernya. Majlis pengebumian akan diadakan buat ahli keluarga terdekat,” kata agensinya seperti yang dilaporkan portal Allkpop.

Seo Minwoo yang dilahirkan pada 8 Februari 1985 meninggal dunia ketika usianya cecah 33 tahun.

Kumpulan 100% yang popular dengan lagu ‘Beat’, ‘Want U Back’ dan ‘U Beauty’ telah ditonton lebih 1juta kali di YouTube manakala muzik video single terbaharu mereka ‘Song For You’ telah dimuat naik di YouTube pada Februari lepas. 

Netizen turut meluahkan rasa dukacita mereka melalui platform media sosial Twitter atas pemergian penyanyi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here