Ahli politik letak jawatan selepas dituduh cabul dua wanita

0
30
Advertisement

SEORANG ahli politik Canada letak jawatan kerana ‘tidak senang duduk’ selepas menerima tuduhan melakukan serangan seksual.

Patrick Brown melepaskan jawatannya sebagai Ketua Parti Progresif Konservatif beberapa jam selepas menerima tuduhan tersebut dari dua wanita.

Dalam satu sidang media tergempar yang diadakan berkaitan kes tersebut, Brown dalam keadaan penuh dukacita mengaku tidak bersalah dan enggan melepaskan jawatannya.

“Bagi seseorang itu merasakan sebagai mangsa serangan seksual adalah tidak ok,” katanya semasa sidang media tersebut.

Menurut laporan BBC, susulan kejadian itu, beberapa pekerja beliau seperti pengurus kempen dan ketua kakitangannya meletak jawatan.

Kemudian, beberapa pekerja lain turut melakukan perkara yang sama.

Akibat tertekan ekoran ramai kakitangannya lepas jawatan, Brown akhirnya akur dan mengambil langkah sama.

Pada petang Rabu, laporan CTV news pula menyatakan, Brown telah memasang ‘jerat’ dengan memberi minuman alkohol kepada kedua-dua wanita itu hingga mabuk serta melakukan kesalahan terbabit di kediamannya.

Kedua-dua wanita itu mendakwa dipaksa melakukan hubungan seksual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here