Ahmad Nizam dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Petronas

0
97
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nizam Salle sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Petronas.

Ahmad Nizam mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam industri minyak dan gas itu.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dan menyandang pelbagai jawatan sepanjang kerjayanya di dalam Petronas.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Tan Sri Zulkiflee Wan Ariffin kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here