Ahmad Said percaya Dr M mampu pulihkan ekonomi negara

0
62
Advertisement

KEMAMAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yakin terhadap kemampuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memulihkan ekonomi negara berdasarkan rekod pencapaian beliau sebelum ini.

Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu berkata, beliau yakin dengan pengalaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun (1981-2003) beliau sudah tentu mempunyai formula dan mekanisme tertentu bagi mencapai matlamat itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Tun kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah setelah 15 tahun meninggalkan jawatan bertanding balik dan diberi kepercayaan oleh rakyat (sebagai Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Teluk Kalong, Kijal di sini pada Ahad.

Sehubungan dengan itu beliau meminta semua pihak menerima hakikat pelantikan semula Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana ternyata khidmatnya diperlukan oleh negara dan rakyat.

Dr Mahathir dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh selepas Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan beliau menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan berjaya membentuk kerajaan.

Sementara itu, mengulas pertanyaan wartawan kemungkinan Ahmad akan menyertai PPBM, beliau berkata: “No comment… saya tak jumpa lagi Tun M… saya nak tengok keadaan dulu,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here